Tuesday 2 December 2014

Bacalah .......dengan teliti

Bangkang Bukan Dari Longkang
Hari ini sempat berbual mesra dengan seorang YB Pembangkang yang menang di Pahang. Beliau baru saja selesai ke tailor untuk menempah baju istiadat (no. 1 dress utk digunakan semasa istiadat Pembukaan Dewan). Bersemangat betul beliau untuk mengayakan No. 1 dress itu kerana kali ini sudah tiada larangan dari partinya tentang pemakaian baju istiadat yang lengkap bersongkok serta butang berlambangkan crest negeri Pahang. Saya bertanya adakah pemakaian songkok itu bertentangan dengan prinsip ugamanya. Beliau menjawab secara bersahaja "Lebih cantik dari pakai kupiah"
Beliau juga sungguh bersemangat memulakan tugas. Beliau sudah mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan Pejabat Khidmat Wakil Rakyat walaupun mengaku perlu gunakan banyak wang untuk peralatan dan sewa pejabat. Secara berseloroh saya cadangkan supaya banyak buat ceramah dan edar tin milo kutip sumbangan dari para hadirin. Dia hanya tersenyum.
Bila ditanya apakah kerja-kerja yang telah dilakukan sejak menang, dia bertambah semangat untuk bercerita. Saya sudah masuk pejabat daerah minta plan pembangunan daerah, katanya. "Nak buat apa dengan plan itu?" saya bertanya. "Oh, saya nak tengok apakah ada unsur-unsur rasuah dalam plan itu" jawab beliau. Saya pula yang tersenyum dan tidak mahu terus menyoal. Jelas lah beliau ini tidak faham apa itu rasuah. Dalam plan mana ada rauah !
"Dah itu, apa yang saya perlu buat sebagai pembangkang?" Tiba-tiba timbul soalan itu dari beliau. Terus saya menjawab "Laaaa, selama ini YB tak tahu apa pembangkang perlu buat ke? (Terasa macam buang masa bercakap dengan dia ini!)

Saya susun jawapan, "YB....sebagai pembangkang, sebenarnya YB perlu kemukakan cadangan, bukan hanya membangkang. Kalau YB rasa apa yang kerajaan buat itu salah, YB kemukakan cadangan yang lebih baik. Kalau YB rasa peraturan yang kerajaan buat itu membebankan rakyat, YB cadang buat peraturan yang menyenangkan rakyat. Bila kerajaan bentang Rang Undang-undang di Dewan nanti, YB baca dengan teliti, buat kajian dan kalau Rang Undang-undang itu bagus, tiada salahnya YB angkat tangan tanda sokong. Kalau YB rasa tak nak sokong, YB bangun dan YB berilah hujah kenapa YB tidak sokong. Kalau selepas dibuat pengundian berapa sokong dan berapa yang bantah, mana jumlah yang banyak, kira menang lah. Bila Rang Undang-undang itu telah diluluskan dan telah bertukar nama jadi Enakmen dan digazetkan, jangan lah pula YB kata diceramah, Enakmen itu tidak baik atau tidak boleh dipakai. Sistem kita ialah First past the post, siapa dapat lebih undi kira majoriti walaupun satu. Bukan kira apa yang popular semasa berceramah.

Beliau termenung. Mungkin dia terasa macam kena perli. Mungkin dia blank, tak tahu apa-apa.

Akhirnya, "Boleh kita berbual lagi tak? Banyak yang saya kena belajar ni" kata beliau. "Boleh YB, boleh...YB istihar keluar parti, YB jadi YB Bebas, tak perlu masuk BN...."
Belum sempat saya habiskan ayat itu, "Ehhhhh.....tak boleh, kami ada bai'ah cerai isteri talak 3 dan bayar ganti rugi RM5 juta....mana nak cari duit !!!"
 
 
Seronok jadi YB.........

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home