Tuesday 2 December 2014

KAK WAN...OH KAK WAN .... SEMUT HITAM PUNYA CERITA

Posted by Semut Hitam on 12:00 PTG with 1 comment so far
Akhirnya ADUN Kajang, menghadirkan diri ke sidang Dun selepas dikecam hebat oleh Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional (BN) Selangor didalam sidang dewan semalam. 

ADUN Kajang itu tampil dengan memberikan alasan ketidak-hadirannya bersebab dan telah diberi pelepasan oleh DUN walaupun persidangan sedang membahaskan tentang bajet oleh Menteri Besar.

Malah, Si Wan Azizah juga turut dibidas kerana lebih menumpukan perkara - perkara lain berbanding tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih bagi mewakili kawasan Kajang. 

Sedangkan kawasan yang diwakilinya itu sering dilanda banjir kilat, tiada sebarang tindakan proaktif pun yang diambil sebagaimana yang dijanjikan selepas menang Pilihan Raya Kecil.

Tindakan tersebut dilihat seolah - olah ADUN Kajang itu cuba lari dari tanggungjawab serta GAGAL menjawab persoalan yang dibangkitkan untuk menyelesaikan masalah banjir dikawasan berkenaan.

Bahkan, tidak juga sebarang jawapan yang diberikan walaupun dari mana-mana wakil Wan Azizah mengenai permasalah yang sedang melanda rakyat dikawasan Kajang itu sendiri. 

Masing - masing hanya sekadar mendiamkan diri tidak seperti semasa berkempen atau berceramah dimana hampir ke semuanya begitu bersemangat menaburkan pelbagai janji yang indah.

Sepatutnya Si Wan Azizah bertindak selaras dengan janji - janji yang telah ditaburkan bukan hanya setakat lepaskan tangan selepas memenangi kerusi empuk DUN tersebut.

Sebaliknya, Si Wan Azizah juga culas menghadiri sidang DUN sewaktu MB Selangor membentangkan belanjawan dan hanya muncul pada hari ketiga dengan alasan yang cliche'.

Kalau sekiranya dia tak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat dan menjadi ADUN biasa, tak payah la sibuk - sibuk nak menabur janji. Tak usah la dia melenting apabila ditegur. 

Elaun yang dia dapat pun adalah wang rakyat yang sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat dengan berkhidmat kepada mereka. Bukan sekadar berpolitik diatas pentas ceramah mencari kesalahan pihak lain. 

Rakyat tidak membayar dia untuk berpolitik dan buat kerja yang bukan - bukan. Rakyat nak dia menjaga kebajikan mereka, menunaikan janji - janji yang telah ditaburkan sebelum ini.

Sebagai wakil rakyat yang KATANYA dah ada pengalaman, Wan Azizah sepatutnya tau nak menjalankan tanggungjawab dia terhadap rakyat bukan sekadar bercakap dan menghabiskan masa tak tentu arah!!! Kalau dah tau dia tak mampu, lain kali jangan sibuk nak bertanding!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home