Tuesday 2 December 2014

TIDAK ADA KOMPROMI..... KPDNKK ....SINAR HARIAN


[ARTIKEL BERKAITAN: Lakukan pemantauan, elak kes sorok minyakminyak




SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan berkompromi dengan pengusaha stesen minyak jika didapati bersalah menyorokkan minyak.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pegawai-pegawai KPDNKK sentiasa memantau semua stesen minyak di negara ini bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

"Tiada maaf untuk mereka yang melakukan kesalahan itu. Jika ada laporan daripada pengguna dan hasil siasatan membuktikan berlaku kes sorok ini, KPDNKK akan menarik dan membatalkan lesen perniagaan dan boleh didenda di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Jangan aniaya pengguna. Tidak wajar sikap menyorokkan minyak ini. Pegawai KPDNKK sentiasa bergerak memantau bukan sahaja minyak tetapi juga harga barang lain," katanya.

Dalam pada itu Hasan berkata, sungguhpun harga petrol sudah turun, tetapi harga barang masih sama dan tiada penurunan.

"Mengapa ada peniaga yang tidak menurunkan harga pada saat harga petrol turun? Saya berharap peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan pada saat minyak turun dan mengamalkan amalan bertimbang rasa kepada pengguna lain," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lakukan pemantauan, elak kes sorok minyak

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home