Tuesday 2 December 2014

IPT perlu cegah kegiatan militan IS.....SINAR HARIAN....5 November 2014


Rais Yatim
Rais Yatim

KUANTAN - Tindakan pencegahan yang lebih ketat perlu diambil oleh pihak pengurusan setiap institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini bagi memastikan tiada anasir dalaman atau luaran yang mempengaruhi mahasiswa menyertai perjuangan kumpulan militan digelar IS di Iraq dan Syria.
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, walaupun setakat ini tiada laporan yang mengatakan mahasiswa di negara ini terlibat dalam kegiatan militan namun pihak IPT perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar tiada mahasiswa yang terpengaruh dan akhirnya menjadi militan.
"Pihak universiti perlu menapis setiap pihak dalaman atau luaran yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan berkenaan masuk ke kampus.
"Universiti mempunyai peraturan sendiri...tidak harus terima sebarang orang untuk memberi syarahan, membuat kempen atau mengadakan perhimpunan secara besar-besaran.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tiga kolej kediaman (mahallah) kepada pihak UIAM di Kampus Kuantan di sini hari ini.
"Setakat ini tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan mereka itu (militan) mewakili mahasiwa. Tetapi kita akan sentiasa berjaga-jaga sekiranya ada maklumat kita akan beritahu pihak berkuasa supaya mengambil tindakan," kata Rais.- Bernama

Mahasiswa sasaran direkrut militan....SINAR HARIAN ... 2 November 2014













pdrm



KUALA LUMPUR - Kumpulan militan seperti Negara Islam (IS) menyasarkan mahasiswa bagi merekrut pengikutnya untuk berjuang di Iraq dan Syria.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kaunter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, penglibatan mahasiswa di Malaysia terhadap aktiviti militan masih lagi terkawal bagaimanapun ia harus dibendung kerana mampu merebak dengan cepat.

“Keadaan sekarang terkawal, polis sentiasa 10 langkah di hadapan. Modus operandi mereka lebih tersasar kepada pelajar kerana pelajar-pelajar ini banyak meluangkan masa di media sosial.

“Kita juga kesan beberapa penyebaran yang dibuat melalui media sosial daripada hasil tangkapan yang telah dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian selepas hadir menjadi panel di Seminar Jihad vs Militan, di Universiti Teknologi Malaysia, semalam.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang terlibat menggunakan Facebook untuk merekrut pelajar.

Beliau berkata, setakat ini seramai 41 individu sudah dikenal pasti terlibat dengan kumpulan militan itu, dan 14 orang sudah dihadapkan ke mahkamah manakala selebihnya akan didakwa dalam tempoh terdekat.

“Mungkin (didakwa) minggu depan, kita hanya tunggu arahan Peguam Negara.

“Daripada 14 orang yang didakwa itu, hasil soal siasat dan bukti yang diperolehi menunjukkan mereka gunakan laman sosial untuk rekrut pelajar universiti ke Syria,” katanya.

Menurutnya, polis mengharapkan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat yang dianggap penting kerana gerakan itu bergerak secara senyap.

“Sebagai contoh penahanan seorang wanita di lapangan terbang baru-baru adalah berdasarkan maklumat ahli keluarga dan rakan-rakannya. Jika tiada maklumat seumpama ini agak sukar kita bertindak,” katanya.

Kelmarin, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan IS.

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan dari KLIA2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu.







Polis pantau kegiatan pejuang IS tempatan... SINAR HARIAN ......17 November 2014

Wan Junaidi Tuanku Jaafar Wan Junaidi Tuanku Jaafar


KUALA LUMPUR - Polis sedang memantau rapi rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan IS dan akan mengambil tindakan sebaik saja mereka kembali ke tanah air, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, ini kerana kepulangan mereka bukan untuk menyerah diri, sebaliknya mahu menyebarkan ideologi mereka kepada rakyat tempatan.
"Mereka mahu mempengaruhi rakyat Malaysia (dengan ideologi mereka), tidak kira sama ada beragama Islam atau tidak.
"Bagaimanapun, polis tahu dan akan mengambil tindakan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan).
Wan Junaidi berkata, sebilangan daripada individu yang bercenderungan menyertai kumpulan IS telah ditahan polis.

Menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pula, beliau berkata, setakat ini 39 warganegara Malaysia telah dikesan terlibat dengan kumpulan militan IS.
Bagaimanapun kerajaan tidak bercadang memberi butiran lanjut kerana polis masih meneruskan siasatan, katanya. - Bernama


Pantau juga....anak-anak dan jiran tetangga .....

Cadang undang-undang banteras militan....SINAR HARIAN.....26 November 2014

Najib Tun Razak


KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideologi kumpulan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganasan.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)' di Dewan Rakyat, berharap mendapat sokongan daripada semua lapisan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman sedemikian.
 
"Kerajaan sedar undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk membendung ideologi IS.
 
"Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, terutama golongan belia dan ibu bapa, supaya menolak ideologi ekstrem yang boleh merosakkan masa depan kita semua," katanya.

Najib berkata, kerajaan bercadang membentangkan undang-undang baharu itu  pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
 
Dengan adanya undang-undang baharu itu, tindakan lebih berkesan boleh diambil dalam mengekang ancaman dan penularan aktiviti pengganasan seperti kumpulan militan IS di negara ini, katanya.

"Ini sejajar dengan tindakan negara lain yang telah memperkenalkan dan memperkemaskan undang-undang antipengganasan sebagai jalan utama menangani ancaman pengganasan," kata perdana menteri.
  
Najib berkata, Kertas Putih itu juga mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan.    .
  
Beliau berkata, keamanan dan keharmonian yang Malaysia kecapi selama ini tidak ternilai dan harus terus dipelihara.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa Kertas Putih itu bertujuan mendedahkan wajah sebenar IS yang bertopengkan Islam bagi mencapai cita-cita mereka kononnya untuk menubuhkan negara Islam mengikut acuannya.
  
Beliau berkata, modus operandi perjuangan IS yang berakar umbi daripada kumpulan militan Al-Qaeda, telah diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh masyarakat antarabangsa dan jumhur ulama-ulama arus perdana hari ini.
  
Katanya, ideologi IS sebenarnya berlandaskan ekstremisme dan keganasan yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti menyalahtafsirkan konsep jihad, mengeksploitasi konsep hijrah, mengkafirkan orang Islam yang tidak sehaluan dengan perjuangannya, melakukan kekejaman terhadap wanita dan kanak-kanak serta menjatuhkan hukuman bunuh ke atas sesiapa sahaja tanpa hak untuk membela diri.
  
Selain menyenaraikan IS sebagai kumpulan pengganas, Najib berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan merumuskan penyertaan umat Islam negara ini dalam militan IS di Iraq dan Syria adalah bertentangan dengan syarak dan kematian mereka tidak dikategorikan sebagai mati syahid.
  
"Saya merasakan bahawa sebagai sebuah negara yang turut mempelopori pendirian wasatiyyah sebagaimana tuntutan ajaran Islam dalam semua aspek, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan fahaman ekstrem IS adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan Perlembagaan negara.
  
"Sehubungan ini, Malaysia akan mempertingkatkan usaha menjelaskan jihad yang sebenar serta memperbetulkan persepsi Barat yang kerap mengaitkan Islam dengan keganasan," katanya.

Najib menegaskan bahawa kerajaan bimbang kepulangan rakyat Malaysia dari kawasan konflik di Syria dan Iraq boleh meningkatkan lagi risiko keselamatan kepada negara.
  
"Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan aktiviti pengganasan secara bersendirian.
  
"Dengan kepakaran ketenteraan dan kemahiran membuat bom yang diperoleh di Syria, mereka berpotensi melancarkan serangan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar kepada harta awam," katanya.
  
Pada masa yang sama, Najib berkata kerajaan juga khuatir, mereka akan mewujudkan semula sel-sel pengganas dan membentuk jaringan dengan kumpulan militan sedia ada dalam negara dan serantau seperti kumpulan Abu Sayyaf di kepulauan Mindanao, Filipina.
  
"Oleh kerana kawasan operasi kumpulan Abu Sayyaf ini amat hampir dengan pantai timur Sabah, ia akan meningkatkan risiko keselamatan di kawasan itu. Setakat ini, terdapat lima orang suspek Malaysia yang dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina.
  
"Sekiranya rangkaian IS berjaya wujud di Sabah, tidak mustahil ia akan merebak ke Sarawak sehingga menggugat keselamatan dan keharmonian pelbagai kaum di sana," kata Najib.
  
Najib berkata, semua lapisan rakyat perlu bersama-sama kerajaan menolak sebarang ideologi ekstrem dan yakin bahawa konsep wasatiyyah adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.
 
Pada masa yang sama, beliau berkata Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa menangani ancaman radikalisme, ekstremisme, pengganasan dan militan. - Bernama



SYABAS.....PM..

Berita SINAR HARIAN 22 NOVEMBER 2014 berkaitan......Tiga suspek pengganas di Syria ditahan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua wanita dan seorang lelaki tempatan di sekitar Lembah Klang semalam kerana disyaki terlibat aktiviti kumpulan pengganas di Syria. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua suspek yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, berumur di antara 28 hingga 34 tahun.  

Beliau berkata, suspek pertama berusia 34 tahun itu merupakan isteri kepada individu yang telah dituduh pada 11 November lepas atas kesalahan menghasut, menggalak atau memperolehi harta bagi perlakuan tindakan keganasan, kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 11 November lalu, seorang perunding kewangan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencari harta bagi manfaat kumpulan militan Islamic State (IS) melalui blog Revolusi Islam.com sejak Mac lepas.  

Rohaimi Abd Rahim, 37, didakwa melakukan perbuatan itu di No.5B, Jalan Raja Ali, Kampung Baru di sini antara 29 Mac hingga 13 Oktober lepas.

Manakala suspek kedua wanita berumur 28 tahun bekerja sebagai 'event manager' di Kuala Lumpur.

Suspek ketiga lelaki berusia 33 tahun, bekerja sebagai penolong eksekutif di salah sebuah badan berkanun.

"Kesemua mereka disyaki terlibat mengendalikan beberapa akaun Facebook yang mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan IS di Syria.

"Selain itu, mereka juga disyaki terlibat kegiatan pengumpulan dana yang mempunyai kaitan dengan penghantaran rakyat Malaysia ke Syria menyertai kumpulan IS," kata Khalid.

Menurut beliau, mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIa, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). - Bernama

....Berita 22 November 2014...berkaitan dengan berita IS hari ini....

2 penjawat awam ditahan terlibat IS.......SINAR HARIAN

Khalid Abu Bakar


SHAH ALAM – Tiga individu termasuk dua penjawat awam antara yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam operasi sekitar Kuala Lumpur dan Kedah pada 27 dan 28 November lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penangkapan ketiga-tiga suspek berusia 23 hingga 36 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan militan di Syria.

Beliau berkata, salah seorang suspek berumur 36 tahun dipercayai telah menyertai kumpulan militan di Syria sejak 28 Disember tahun lalu dan kembali ke Malaysia pada 8 April lalu.

“Sementara dua lagi suspek merupakan penjawat awam berumur 23 hingga 28 tahun antara yang terlibat dalam menyalurkan dana kepada beberapa rakyat negara ini yang ingin menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) di Syria,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurut Khalid, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab 4A-Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012 (Akta 747).


....Perjuangan untuk bangsa, dan tanahair telah luntur kah kita...

AKTA HASUTAN KUKUHKAN AGAMA ..........SINAR HARIAN...


Akta Hasutan



MENCINTAI negara adalah manifestasi cinta yang teragung selain cinta kepada ALLAH dan Rasul, agama, diri sendiri dan ibu bapa. Agama Islam sangat menggalakkan rakyatnya mencintai negara.

Semangat cinta negara mesti dididik sejak seseorang itu di bangku sekolah lagi dan biar berkembang subur dalam jiwa rakyatnya secara berterusan.

Rasa cinta pada negara akan menjadikan setiap rakyat bertanggungjawab untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang meliputi sosial, ekonomi, politik, agama dan juga pendidikan.

Dalam menghadapi apa juga musibah, dugaan dan cubaan rakyat mestilah bersatu dengan dipandukan ilmu.

Melaluinya akan wujud semangat persefahaman, keinginan dan keupayaan untuk mencapai perubahan dan yang lebih mustahak ialah membina maruah dan harga diri.

Bagi bangsa yang telah lama tertekan dan berada dalam kongkongan penjajahan, kemerdekaan adalah pembebasan menonjolkan kedaulatan bangsa dalam pelbagai bidang.

Justeru, langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan dua peruntukan khas dimasukkan iaitu melindungi kesucian Islam dan agama lain daripada dihina dan tindakan keras ke atas mereka yang menghasut Sabah, Sarawak keluar dari Malaysia, sewajarnya mendapat sokongan daripada kalangan mereka yang inginkan Malaysia aman damai dan tidak mempolitikkan perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Membangkang memang senang, mempolitikkan juga memang nampak cantik, tetapi memberikan idea yang baik kepada keamanan dan kestabilan negara agak susah.

Apa yang kita nikmati sekarang adalah berkat kesabaran dan kita harus bersyukur dengan nikmat negara yang merdeka, aman makmur dan sejahtera.

Jika tidak ada semangat tersebut akan hilanglah rasa cinta akan agama dan negara serta luntur semangat patriotisme serta lupa akan sejarah negara.

Melalui semangat patriotisme akan dapat mewujudkan agenda penting iaitu agenda pembinaan bangsa dan negara yang bersatu-padu.

Kemajuan serta pencapaian Malaysia dalam konteks pembinaan negara bangsa telah wujud dengan semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum. Apabila perpaduan dan kerjasama tidak wujud lagi maka akan timbul usaha 'pecah perintah' yang diinginkan oleh seseorang pemimpin yang ingin berkuasa.

Sejarah harus difahami dengan berlandaskan fakta yang tepat supaya tidak wujud rakyat dan pemimpin yang 'buta sejarah’ terutama tentang sejarah negara di mana tempat mereka lahir, dibesarkan dan hidup dengan aman dan sejahtera.

Sebagai rakyat juga harus kenal siapa penjajah dan siapa penjarah? Mempolitikkan sejarah boleh membawa pelbagai keburukan dan padah.

Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan satu tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh setiap warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur cinta akan negara yang amat penting. Mempertahankan keselamatan harta dan keluarga serta jiwa sangat dituntut dalam Islam.

Sejak dahulu ribuan pejuang kemerdekaan telah gugur di medan pertempuran demi mempertahankan negara. Mereka adalah para syuhada yang mempertahankan negara dengan nyawa hingga ke titisan darah terakhir.

Justeru, Nabi SAW berpesan: “Orang yang tewas melindungi keselamatan hartanya, mati syahid dan yang membela (kehormatan) keluarganya, mati syahid dan membela dirinya (kehormatan dan jiwanya), juga mati syahid.” (Riwayat Ahmad).

Membina generasi terutama anak-anak muda ke arah ketakwaan dan cinta akan negara adalah tanggungjawab kepada semua ibu bapa, guru-guru dan juga pemimpin masyarakat.

Unsur cinta akan negara ini perlu disemai dalam kalangan generasi muda, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Nilai-nilai cinta akan negara seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.

Agama Islam terus dikembangkan sebagai agama rasmi dan agama lain tidak dilarang dalam kehidupan beragama serta dihormati dan tidak dihina.

Antara cara yang perlu rakyat lakukan sebagai menghargai amalan demokrasi di Malaysia termasuklah tidak menghina agama dan budaya kaum-kaum lain, sama ada melalui perkataan mahupun melalui tindakan.* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

TIDAK ADA KOMPROMI..... KPDNKK ....SINAR HARIAN


[ARTIKEL BERKAITAN: Lakukan pemantauan, elak kes sorok minyakminyak




SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan berkompromi dengan pengusaha stesen minyak jika didapati bersalah menyorokkan minyak.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pegawai-pegawai KPDNKK sentiasa memantau semua stesen minyak di negara ini bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

"Tiada maaf untuk mereka yang melakukan kesalahan itu. Jika ada laporan daripada pengguna dan hasil siasatan membuktikan berlaku kes sorok ini, KPDNKK akan menarik dan membatalkan lesen perniagaan dan boleh didenda di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Jangan aniaya pengguna. Tidak wajar sikap menyorokkan minyak ini. Pegawai KPDNKK sentiasa bergerak memantau bukan sahaja minyak tetapi juga harga barang lain," katanya.

Dalam pada itu Hasan berkata, sungguhpun harga petrol sudah turun, tetapi harga barang masih sama dan tiada penurunan.

"Mengapa ada peniaga yang tidak menurunkan harga pada saat harga petrol turun? Saya berharap peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan pada saat minyak turun dan mengamalkan amalan bertimbang rasa kepada pengguna lain," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lakukan pemantauan, elak kes sorok minyak

Permintaan tinggi punca RON97 habis.....SINAR HARIAN




Hasan Malek


KUALA LUMPUR – Permintaan tinggi terhadap petrol RON97 punca bekalan minyak itu kehabisan stok sejak beberapa hari lalu.

Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, permintaan terhadap petrol RON97 meningkat secara mendadak berikutan harganya yang tidak jauh berbeza dengan RON95.

“Sebelum ini, perbezaan harga RON95 dan RON97 besar. Jadi, bekalan yang dihantar untuk RON97 hanya 12 ke 20 peratus.

“Ada juga masalah dari segi tangki minyak yang berbeza dan pengusaha stesen minyak hanya boleh sediakan RON97 untuk jumlah tertentu. Apa yang penting, pengusaha kena guna pendekatan baharu dan sistem yang dikemas kini bagi mengelakkan situasi berulang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan terdapat pengusaha stesen minyak menyorok bekalan RON97 sambil memberi jaminan masalah kehabisan stok RON97 akan diselesaikan minggu depan.

GUNDIK LIM KIT SIANG.....KOMEN SEMUT HITAM

Posted by Semut Hitam on 10:00 PG with 2 comments so far

"Saya tak setuju dengan kenyataan awak mengenai Hudud." Itu ayat yang keluar dari mulut Si Nik Aziz tu bila dia jumpa dengan Si Gundik Kit Siang tu sebelum ini.

Macam mana la budak hingusan tu tak tersentak bila dibalun dengan ayat yang kena tepat pada batang hidung dia. Tapi jenis orang tak de kemaluan ni, dia peduli apa.

Ada dia kisah dengan teguran yang diberikan oleh Si Nik Aziz tu? Jangan harap la!!! Pendirian dia terhadap perlaksanaan Hudud tu takkan berubah der.

Biar pun dia dah jelaskan kepada Nik Aziz bahawa dia tidak menolak Hukum Hudud, tapi dia kata dia tetap dengan pendirian yang dah dibuat oleh DAPigs sebelum ini.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya jelaskan kepada beliau saya tidak pernah menolak hudud sebab sebagai orang Islam saya tidak boleh menolak hudud.


“Bagaimanapun pendirian saya sama seperti pendirian parti (DAP),” katanya.
Nah! Sekarang kita nak tau, apa dia pendirian yang dinyatakan oleh DAPigs sebelum ini? Bukan ke diorang secara terang - terangan menolak Hukum Hudud tu?

Bahkan Si Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAPigs sendiri pernah berikrar untuk menentang Hudud habis - habisan dan menolak perlaksanaan Hukum tersebut.

Jadi, untuk apa lagi Si Gundik Kit Siang ni nak menipu orang tua macam Si Nik Aziz tu? Dia tak terasa berdosa ke bila dia MENIPU orang tua sedemikian rupa?

Masih tak puas lagi ke dia MENIPU orang di Teluk Intan mengenai beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini sampai tahap dia masih lagi nak MENIPU Nik Aziz?

Sudah - sudah la MENIPU orang ni dik oi!!! Bukannya mendatangkan faedah pun. Penyudahnya diri sendiri jugak yang malu. Sedar la diri tu sikit. DAPigs hanya nak mempergunakan dia untuk kepentingan Politik diorang je!!!

KAK WAN...OH KAK WAN .... SEMUT HITAM PUNYA CERITA

Posted by Semut Hitam on 12:00 PTG with 1 comment so far
Akhirnya ADUN Kajang, menghadirkan diri ke sidang Dun selepas dikecam hebat oleh Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional (BN) Selangor didalam sidang dewan semalam. 

ADUN Kajang itu tampil dengan memberikan alasan ketidak-hadirannya bersebab dan telah diberi pelepasan oleh DUN walaupun persidangan sedang membahaskan tentang bajet oleh Menteri Besar.

Malah, Si Wan Azizah juga turut dibidas kerana lebih menumpukan perkara - perkara lain berbanding tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih bagi mewakili kawasan Kajang. 

Sedangkan kawasan yang diwakilinya itu sering dilanda banjir kilat, tiada sebarang tindakan proaktif pun yang diambil sebagaimana yang dijanjikan selepas menang Pilihan Raya Kecil.

Tindakan tersebut dilihat seolah - olah ADUN Kajang itu cuba lari dari tanggungjawab serta GAGAL menjawab persoalan yang dibangkitkan untuk menyelesaikan masalah banjir dikawasan berkenaan.

Bahkan, tidak juga sebarang jawapan yang diberikan walaupun dari mana-mana wakil Wan Azizah mengenai permasalah yang sedang melanda rakyat dikawasan Kajang itu sendiri. 

Masing - masing hanya sekadar mendiamkan diri tidak seperti semasa berkempen atau berceramah dimana hampir ke semuanya begitu bersemangat menaburkan pelbagai janji yang indah.

Sepatutnya Si Wan Azizah bertindak selaras dengan janji - janji yang telah ditaburkan bukan hanya setakat lepaskan tangan selepas memenangi kerusi empuk DUN tersebut.

Sebaliknya, Si Wan Azizah juga culas menghadiri sidang DUN sewaktu MB Selangor membentangkan belanjawan dan hanya muncul pada hari ketiga dengan alasan yang cliche'.

Kalau sekiranya dia tak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat dan menjadi ADUN biasa, tak payah la sibuk - sibuk nak menabur janji. Tak usah la dia melenting apabila ditegur. 

Elaun yang dia dapat pun adalah wang rakyat yang sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat dengan berkhidmat kepada mereka. Bukan sekadar berpolitik diatas pentas ceramah mencari kesalahan pihak lain. 

Rakyat tidak membayar dia untuk berpolitik dan buat kerja yang bukan - bukan. Rakyat nak dia menjaga kebajikan mereka, menunaikan janji - janji yang telah ditaburkan sebelum ini.

Sebagai wakil rakyat yang KATANYA dah ada pengalaman, Wan Azizah sepatutnya tau nak menjalankan tanggungjawab dia terhadap rakyat bukan sekadar bercakap dan menghabiskan masa tak tentu arah!!! Kalau dah tau dia tak mampu, lain kali jangan sibuk nak bertanding!!!

CERITA SEMUT HITAM " TAK MAHU BERMADU ....LELAKI TOLAK LAMARAN"

Tak sangka betul. Ada jugak orang di Malaysia ni yang tak nak hidup bermadu rupanya ye. Mungkin sebab dia tau azab bila bermadu ni gamaknya. Maka sebab itu dia tolak.

Lagi pun, siapa yang dalam hidup ni yang sanggup berkongsi hidup dengan orang lain ye tak? Siapa pulak yang sanggup membahagikan kasih dengan orang yang tidak dikenali? 

Itu kalau berkongsi kasih. Bagi yang nak berkongsi kuasa, lebih kurang sama jugak peel diorang. Nak pulak yang Gila Kuasa. Mana diorang sanggup berbahagi kuasa dengan orang lain.

Maka sebab itulah PAS dengan lantang menolak lamaran yang dibuat oleh DAPigs untuk mewujudkan jawatan Timbalan Speaker 2 bagi mengimbangi kerusi yang dimiliki oleh PAS.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Memetik kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS (I) Selangor, DAPigs perlu hentikan polemik jawatan itu bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif rakyat terhadap Pakatan.
“Saya tidak bersetuju dengan tindakan menuntut satu lagi jawatan timbalan speaker. Yang ada pun sudah cukup. Timbalan speaker hanya diperlukan sewaktu sidang DUN sahaja.

“Kita tidak ada masalah dengan jawatan speaker dan timbalan speaker (sedia ada). Bagi saya, daripada kita berpolemik soal jawatan, nanti rakyat lihat kita gila jawatanLebih baik kita gunakan wang itu untuk perkara lain,” katanya kepada pemberita di luar sidang DUN hari ini.
Hasrat sebenar DAPigs adalah untuk mengekang kedudukan PAS yang dilihat mampu memberi ancaman kepada DAPigs sekiranya mereka mahu melaksanakan Hudud di Selangor.

Dalam hal ini, bukan PAS atau DAPigs yang perlu dipersalahkan. Bukan diorang yang Gila Kuasa. Tapi pihak yang perlu diserang ialah PKR. Diorang yang menjadi penyebab utama kekalutan ini berlaku.

Mana tidaknya. PAS dan DAPigs masing - masing memiliki kerusi DUN yang jauh lebih banyak dari PKR. Tapi dalam pentadbiran Rejim, PKR pulak yang dilihat lebih mendominasi.

Jadi, sepatutnya desakan itu bukannya ditujukan kepada PAS. Sebaliknya, DAPigs kena buat tuntutan dari PKR dengan mendesak meraka agar memberikan kerusi Exco tambahan kepada DAPigs.

Sepatutnya, PAS dan DAPigs yang pegang banyak kerusi dalam Rejim Pakatan Negeri. PKR sepatutnya hanya layak diberikan kerusi jamban sebab mereka tidak mempunyai kelayakan membuat sebarang tuntutan. Suruh PKR tu sedar diri sikit, jangan sombong tak tentu arah!!!

Bacalah .......dengan teliti

Bangkang Bukan Dari Longkang
Hari ini sempat berbual mesra dengan seorang YB Pembangkang yang menang di Pahang. Beliau baru saja selesai ke tailor untuk menempah baju istiadat (no. 1 dress utk digunakan semasa istiadat Pembukaan Dewan). Bersemangat betul beliau untuk mengayakan No. 1 dress itu kerana kali ini sudah tiada larangan dari partinya tentang pemakaian baju istiadat yang lengkap bersongkok serta butang berlambangkan crest negeri Pahang. Saya bertanya adakah pemakaian songkok itu bertentangan dengan prinsip ugamanya. Beliau menjawab secara bersahaja "Lebih cantik dari pakai kupiah"
Beliau juga sungguh bersemangat memulakan tugas. Beliau sudah mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan Pejabat Khidmat Wakil Rakyat walaupun mengaku perlu gunakan banyak wang untuk peralatan dan sewa pejabat. Secara berseloroh saya cadangkan supaya banyak buat ceramah dan edar tin milo kutip sumbangan dari para hadirin. Dia hanya tersenyum.
Bila ditanya apakah kerja-kerja yang telah dilakukan sejak menang, dia bertambah semangat untuk bercerita. Saya sudah masuk pejabat daerah minta plan pembangunan daerah, katanya. "Nak buat apa dengan plan itu?" saya bertanya. "Oh, saya nak tengok apakah ada unsur-unsur rasuah dalam plan itu" jawab beliau. Saya pula yang tersenyum dan tidak mahu terus menyoal. Jelas lah beliau ini tidak faham apa itu rasuah. Dalam plan mana ada rauah !
"Dah itu, apa yang saya perlu buat sebagai pembangkang?" Tiba-tiba timbul soalan itu dari beliau. Terus saya menjawab "Laaaa, selama ini YB tak tahu apa pembangkang perlu buat ke? (Terasa macam buang masa bercakap dengan dia ini!)

Saya susun jawapan, "YB....sebagai pembangkang, sebenarnya YB perlu kemukakan cadangan, bukan hanya membangkang. Kalau YB rasa apa yang kerajaan buat itu salah, YB kemukakan cadangan yang lebih baik. Kalau YB rasa peraturan yang kerajaan buat itu membebankan rakyat, YB cadang buat peraturan yang menyenangkan rakyat. Bila kerajaan bentang Rang Undang-undang di Dewan nanti, YB baca dengan teliti, buat kajian dan kalau Rang Undang-undang itu bagus, tiada salahnya YB angkat tangan tanda sokong. Kalau YB rasa tak nak sokong, YB bangun dan YB berilah hujah kenapa YB tidak sokong. Kalau selepas dibuat pengundian berapa sokong dan berapa yang bantah, mana jumlah yang banyak, kira menang lah. Bila Rang Undang-undang itu telah diluluskan dan telah bertukar nama jadi Enakmen dan digazetkan, jangan lah pula YB kata diceramah, Enakmen itu tidak baik atau tidak boleh dipakai. Sistem kita ialah First past the post, siapa dapat lebih undi kira majoriti walaupun satu. Bukan kira apa yang popular semasa berceramah.

Beliau termenung. Mungkin dia terasa macam kena perli. Mungkin dia blank, tak tahu apa-apa.

Akhirnya, "Boleh kita berbual lagi tak? Banyak yang saya kena belajar ni" kata beliau. "Boleh YB, boleh...YB istihar keluar parti, YB jadi YB Bebas, tak perlu masuk BN...."
Belum sempat saya habiskan ayat itu, "Ehhhhh.....tak boleh, kami ada bai'ah cerai isteri talak 3 dan bayar ganti rugi RM5 juta....mana nak cari duit !!!"
 
 
Seronok jadi YB.........